Saturday, 16 February 2013

This heart will go on

                                                 
Assalamualaikum ... Lama rasanya tak update blog ni,sibuk balik kampung, kalau dapat bukak lappy ni pun sekejap je so susah nak update. Balik kampung bukan buat apa pun, just tengok saudara lagi pun nak tenangkan fikiran sekejap, serabut sangat kepala ni sampai tak boleh nak fikir dah. Balik terus lepas rindu dekat kawan2, masing2 luahkan apa yang ada, cerita pasal diri masing2 dan semestinya cerita pasal cinta masing2.

Cinta ?? entah la, kekadang rasa marah benci bila cakap pasal ni, rasa marah tu bukan Apis nak tapi ia datang tiba2, kenapa ? tak tahu la mungkin hati ni dah mula bosan rasa kosong macam orang takda perasaan, memang ramai yg akan marah sebab Apis cakap macam ni, tapi .. korang tak ada dekat tempat apis sekarang korang tak rasa. Bila mana kita jalan, kita duduk, kita baring asyik terfikir kenapa aku tak macam orang lain?? happy life je dieorang ... kehidupan dieorang best je, family okay ada orang sayang orang care pasal diri dieorang. Mungkin ni semua takdir atau pun balasan untuk apis. Cuba, apis cuba nak ubah semua perkara dalam diri ni, mungkin tak semua, tapi sekurang-kurang nya lepas ni apis jadi orang yang lebih memahami, orang yang cepat bertindak, kalau tak semua benda apis terlepas, semua orang akan marah dekat diri ni. Sebab apis tak berubah.

Now, first time la apis terluka sebabkan tiga orang .. Tula sebabnya apis tak nak letak harapan tinggi, atau suka dekat seseorang sampai tahap sayang, sebab ni la yang akan jadi, semua dah ada relay mungkin fake atau tak semua tu apis tak perduli sbab mata ni dah pandang dan hati ni dah sakit. Tak guna nak titis kan air mata ni, baik simpan untuk something yang lebih penting nanti, biar la apis tak couple atau bercinta sbab orang pernah cakap semua tu tak penting , yang penting kita fikir masa depan dan family kita, mungkin nanti ada jodoh kawin la dan cari la bahagia dekat situ. Mungkin betul apa yang dia cakap, Apis yang silap, semuanya tentang semua perkara daripada first love apis dulu sampai la sekarang, kalau daripada dulu apis berubah mungkin ni semua tak berlaku.

Tapi .. rasanya memang semua ni silap apis, bukan sebab dieorang yg buat apis sakit hati tapi diri apis sendiri, dieorang ada hak dengan apa yang dieorang nak buat, siapa dieorang nak jumpa nak suka nak bercinta semua tu hak dieorang, so nak buat apa marah-marah kan ?? hmmm Biar la, asalkan dieorang bahagia apis pun bahagia, mybe nanti apis boleh datang majlis perkahwinan korang, atau korang boleh invite apis atau pun korang datang majlis Apis, sedekah kan alfatihah atau yassin dekat apis :) atau kita boleh jumpa bila korang dah ada family, sekurang-kurangnya Apis boleh begurau dengan anak2 korang, kan ?

Apa-apa pun goodluck dengan life korang, semoga bahagia selamanya ...
Terima kasih sebab baca sampai sini, jumpa lagi lepas ni mungkin, insyaallah panjang umur nanti.
Assalamualaikum cinta ... ^__^ peace

                                                         Awak masih akan nampak senyum saya
                                                         walaupun saya dalam kesedihan :)

Sunday, 30 December 2012

MAAF AWAK ,AWAK dan AWAK

    Pertama sekali minta maaf laaa sebab lepas ni aku tak macam dulu atau tak layang korang , minta maaf sngat .. aku takda mood dah , macam2 masalah dah ni , rasa nak mati lagi baik , tapi orang cakap jngn hidup mesti di teruskan , kan ? entah laaa , lepas satu , satu lagi .. dah berapa orang aku hampakan ,aku rasa berdosa sngat ,mungkin ada yg marah aku tulis macam ni tapi korang tak ada di tempat aku , jadi tak rasa macam yg aku rasa ... bila keluar dengan kawan2 aku cuba sembunyikan perasan sedih  sbb takut dieorang akan marah , bukan marah dekat aku ,tapi dekat orang yg aku cerita kan ..
    Takdir , mungkin ni semua ketentuan dia yg maha esa ,mungkin semua ni dewasa kan aku daripada sini aku dapat pengajaran tak kira daripada segi kawan ,cinta ,keluarga ,hubungan , atau apa apa pun . Aku ni bodoh kot sebab tak pandai jaga hati orang , takl pandai nak baca apa yg orang tu nak fikirkan ,aku rasa lepas ni dah boleh deactive fb dan delete twitter then buang phone , biar aku hidup tanpa semua tu ,jadi tak ada hati yg akan aku sakitkan ,aku hampakan dan tak akan ada hati yg bersedih sbb aku .. kan ? setuju kan ? haishhhhh
   takpa , sekarang aku masih boleh fikir dengan waras , dan cuba bersabar bertahan dengan semua ni , sebab dibelakang aku ada orang yg lebih penting yang sentiasa sokong dan dorong aku , keluarga dan kawan ..
  Terima kasih sebab baca smpai sini walaupun ayat agak kasar entri kali ni :( eemmm sorry for that .
   AKU SINGLE DAN SELAMANYA DAN TAK PERLU TANYA TU LAGI!!




Sorry awak ,saya dah tak boleh tahan lagi ,hati ni dah terlampau sedih :'(

Muhamad Hafis Azman

Wednesday, 12 December 2012

Saya ,Awak dan Takdir

  Ya Allah , kenapa ni semua terjadi ? mungkinkah ni ujian daripada mu untuk menguji tahap sesabaran hambamu ?
Semua yang berlaku dekat you sama dengan apa yg berlaku dekat ex i ,bak kata orang gerimis mngundang ,takdir atau kebetulan ? entah laa ,tak boleh nak fikir dah ni , bila fikir lebih sikit rasa nak pengsan. Bila i rapat je dngn perempuan ,i mean lebih drpd kawan mesti ada masalah , dan masalah tu kena dekat perempuan tu ,dah boleh buat fakta pula .. huhu . tak tahu la you ,hanya berbekalkan kesabaran je ,kalau tak lama dah giveup dengan situasi nihh . 
  Apa yang  buatkan i kuat ialah you ckp tak kan tinggalkan i kalau i tak tinggalkan you .. tapi i takut jugak , sbb bak kata orang hati ni selalu berubah macam angin yg berlalu .. takut .. risau kalau itu yg berlaku .. 
Malam2 i selalu fikir kadang2 sampai tak boleh tidur ,pusing sini pusing sana ,bangun then baring balik ,fikir pasal tu je , rasa sebersalah pula sebb bila you kenal i dtng mcm2 masalah ,ia lahh ,bila kita kenal lelaki yg you kenal dulu2 nak dekat you ,dan i tahu you tak kan terima tapi you mesti fikir perasaan dan situasi lelaki tu , tu yg buatkan you tension atau pening fikir .. i tak nak semua tu jadi dekat you ! tak nk you tension ,marah2 kalau i salah ckp je you ckp menyampah ckp dengan i ,sakit hati dengan i .. semua tu bukan maksud you nak ckp dan i faham semua tu sbb tension ,tapi kalau boleh tak nak la macam tu .. you know , perempuan kalau marah dia lain ,ikut perasaan sikit ..

   Setahun i tunggu untuk jumpa seorang yg boleh hilang kan kenangan silam i dan hentikan sedih i ,then you muncul dan hilangkan semua tu ,i dah gembira ,you datang tepat dan sesuai pada masanya , tapi bila lama2 macam ni pula jadinya , i tak nak you ada masalah , i nak you bahagia , gembira , walaupun bukan dengan i .. Semua orang nak orng yg dia sayang macam tu ,ada ke orang suka bila orng yg dia sayang sedih ,muram ,marah2 ?? pelik la macam tu kan .. 
   Tak tahu laaa ,kalau fikir balik dalam hidup apis ni bila pasal perempaun atau couple2 ni mesti sad life ,sad
situasion .. bukan nak cakap sebb perempuan tu apis sedih , tapi bila dieorang dengan apis mesti sedih2 je semua . mungkin ni la life apis yang akan datang juga ,doa jela yg akan datang tak lebih teruk daripada semua ni . mungkin juga ni semua balasan apis untuk kesalahan yg apis dah buat , nak salah kan takdir tak boleh , salah kan orang lain tak boleh then apis hanya salah kan diri sendiri :') hmm . 
   Apa apa pun kita harus bersyukur dengan apa yg tuhan dah beri kan pada kita ,kan ? fikir yg ada orang lebih teruk lalui hidup dieorang daripada kita ni .Sabar Sabar Sabar :)

Terimakasih sebb sanggup baca luahan hati apis ni sampai sini walaupun takda kena mngena dengan korang n ayat berterabur .. Jumpa lagi nanti , Assalamualaikum kawan ..

Sunday, 9 December 2012

You ... I ... story between us ...

 You .. i tak kisah apa yang you nak buat , sebab i faham , i tahu you macam mana ,lagi pun you jenis yg kesian dan penuh simpati bila tngok orang sedih atau mintak tolong .. Ini sebabnya i suka dekat you ,peribadi you tu yang i nak i minat i suka .. mula-mula kenal dulu i tak tahu pun yang you macam ni ,i ingat you macam perempuan lain yg sosial tu ,tapi itu semua silap ,bila dah kenal dan lebih kenal ,baru i tahu yang you ni lain .. you tak macam perempuan dekat luar tu ,bila you pun sebut you cintakan i ,hati i waktu tu memang gembira giler ! rupa2 nya perasaan i terbalas ,dan i tak bertepuk sebelah tangan .
Hari demi hari kita berbual ,berkongsi cerita ,bergurau senda ,bermanja , dan hari demi hari juga i semakin cinta kan you ,dan kalau boleh tak nak lepas kan you , kalau boleh .. macam yg you ckp , you susah nak sayang orang ,dan i pun macam tu juga , tahun ni you sorang je yang i dah simpan dah pahat dekat hati ni , i dah kunci dah jaga bg you tak terlepas dekat orang lain dan setiap hari i fikir macam mana cara nak buat you bahagia ,gembira .. setiap hari you ,sebab i tahu , setiap hari juga ada je orang lain yg cuba ambil you dan letak you dekat hati dieorang , kadang-kadang i risau ,berdebar bila fikirkan semua tu , yela dieorang tu status semua hebat2 ,ada gaya ,ada kedudukan dan mungkin dah kenal you lama ..

You .. satu ketika i hampir nak nangis bila fikirkan suatu hari you akan tinggalkan i ,sebab sekeliling you ramai lelaki yang pandai menyusun kata meminta simpati ,dan dieorang mungkin tahu macam mana nak buat you kesian dan terima dieorang ,lagi pun bila you cakap yang you tak boleh tengok orang menangis dan bila tngok , you akan terus ubah fikiran ,perkara tu yang buat i paling risau ,i takut sebab tu je you akan ikut apa yg dioerang nak ,dan tinggalkan i .. ishhh , teruk kan apa yg i fikir ni ,bukan tak percaya kan you , tapi bak kata orang hati ni macam angin ,ia akan berubah ubah macam musim yg silih berganti apabila tiba masanya ,manusia kan ada hati ,dan hati ni kekadang lemah dan selalu simpati bila tengok orang tengah sedih atau mintak tolong , lagi2 orang yg macam you yg hatinya lembut .,walaupun kuat i tahu . Apa yang buatkan i tak perlu risau ni semua ialah satu perkataan yg you cakap dekat i , bila you sayang orang tu you akan sayang betul betul ,dan i yakin macam mana pun orang lain cuba curi hati you , you tak akan bagi sebab i dah dapat semua tu ,i yang dah buka pintu hati you untuk mencintai ,menyayangi orang .. it's me and only me .. walaupun kenangan lama you lagi sweet atau banyak ,tapi i yakin apa yang kita lalui sekarang ada sesuatu yg lebih indah drpda tu semua ,dan i tak sama dengan orang2 yg pernah ada dengan you dulu . think ..
satu perkataan je i YAKIN dengan you , i CINTA you , i SAYANG you ,i TAKKAN TINGGALKAN you .. no matter what honey :) i tahu tak mungkin sebagu atau sehebat lelaki yg dekat luar sana , tapi i ada satu benda yang penting "setia" .
Bila you dah baca ni , text i okay ? i miss you so much girl !!
I LOVE YOU .. Assalammualaikum ....

Mungkin ... ini ujian ,mungkin ...

mungkin ni semua ujian yang tuhan bagi pada saya .. mungkin ni semua sebab salah saya yang lepas , bak kata orang apa yg kita buat akan dibalas kelak .. dan tu semua yg berlaku dekat saya sekarang .. mungkin saya ada lupa sesuatu yg penting dalam sibuk saya dekat kampung . mungkin ada hati yg saya sakiti tanpa saya sedari .. mungkin saya lupa ,lupa tentang sesuatu atau seseorang .. hmm .
Sekarang ni hanya mampu berdoa , supaya tuhan kuat kan diri hati ini .. mungkin ini semua baru sedikit ujian yg dia bagi pada saya ... Saya hanya ingat satu je , apa yang datang dari yg maha esa semuanya baik baik belaka , terpulang pada kita untuk terimanya dengan cara yg macam mana :)
Saya rindukan kawan kawan , senyuman dieorang telinga yg sentiasa mendengar luahan hati ,gelak tawa dieorang , lawak jenaka dieorang ..
Saya rindu si dia ,suara dia ,gurauan dia ,ketawa dia ,keperihatinan dia ,merajok dia ,nyanyian dia , semua perkara yg dia buat yang membuatkan hati saya lega ,gembira bila dengar semua tuuu :')
MISS ALL OF THAT .. tak tahu nak ungkapkan macam mana lagi ..
Hanya mampu solat , doa agar hati ni lebih tenang :) itu je apis nak cakap , bukan apa just sunyi tak tahu nak ckp dekat siapa ,sorry ambil masa korang .. terima kasih , Assalammualaikum ...

Friday, 30 November 2012

Saya sayang awak ...

Saya sayang awak ,maaf sebab tulis post yg macam tu :( semua tu i buat waktu tengah marah dan i menyesal sebab tak fikir betul2 waktu tulis semua tu . Tolong maaf kan i ,tak sanggup dengar tangisan you dan dengar you marah or sedih ... saya sayang awak , maaf sebab buat you menangis ,bukan maksud i nak buat tu semua tapi perkara berlaku cepat sangat ,waktu you call i tengah hari tu ,i gembira sangat sebb dapat buat you ketawa dengar you gembira sampai lupa nak bg tahu pasal post dekat blog and then you dah baca pula , i tergamam .. punya semangat i nak call you tapi tiba2 you text macam tu it's like jatung nihh nak gugur je . You tolong maaf kan i yeee ,i tak nak hilang you dan tak ingin nak buat macam tu ... biar kita berpisah dengan cara baik tapi tak nak macam ni , ia buat i serba salah ..

You , tolong maaf kan i ,dan berhenti menangis , sebab tak sanggup nak dengar ,biar you ketawa atau bahan2 i sampai sakit perut gelak tapi tak mau nak dengar you menangis . 
Saya sayang awak , dan i janji tak akan biar benda macam ni berlaku , i mengaku yg dah buat banyak salah , tapi tolong maaf kan i sebab i pun manusia yg ada perasaan dan bnyak silapnya .
Please DAYANA kita lupakan semua ni ,dan i janji tak akan buat you sedih , i cuba walau macam mana pun . Saya sayang awak , dan saya nak bukti kan perkara yg jujur daripada hati ni . Always love you , and only you .

Wednesday, 14 November 2012

Awak awak awak :D

Awak buat saya rasa gembira ,sedih ,rindu ,risau ,cemburu ,sayang dan paling penting CINTA , bila difikirkan balik ia buat saya tersenyum seorang diri ,hanya satu tweet sahaja dah buat kita rapat mcm sekarang ni ,dah buat kita kenal satu sama lain , dah buat saya kenal seorang perempuan yang tersenyum walaupun dia sedih , ketawa walaupun sedang menangis ,mampu buat orang ketawa walaupun diri tak gembira . Bila dengar suara dia ,cara dia berbual mampu buat kita ceria ,perangai dia yang keanak-anakan tu  memang buat orang tak akan lupa , tapi bila dah merajuk ,pening kepala nak pujuk ,ckp mcm mana pun dia akan jawap "hmm k" ish ish .. Jujur la ,saya tak pernah jumpa perempuan yg mcm awak ,walaupun orng nmpak awak mcm perempuan yg sosial , tapi bila dapat kenal n dengar cerita awak ia sebaliknya ,betul ckp orang rupa luaran tak menunjuk kan yg dalaman orng tu jahat atau teruk .
Tapi , semalam awak dah buat saya risau ,nak pengsan bila dapat tahu awak tak sedar lagi daripada koma ,setiap saat doa dipanjatkan kehadrat Ilahi , hampir 3 jam menunggu awak bangun dan ia buat saya hampir nak pengsan dan terdetik untuk menyalahkan takdir ,tapi nasib baik saya ada kawan yg sentiasa memberi semangat walaupun masa tu saya dah putus asa untuk kenal perempuan lain lepas itu .
Pukul 3 , dan waktu yang doktor ckp jantung awak akan berhenti sudah tiba ,sms smpai dan tertulis yg jantung awak dah berhenti ,doktor sedaya upaya buat apa yg boleh .. saya dah mula pitam ,terduduk dan termenung , hanya doa supaya keajaiban akan terjadi ... saya call no. awak untuk tnya pada kawan awak keadaan semasa , tiba tiba ... suara yang tiap malam memecah kesunyian kedengaran ,ia  nya awak ! perasaan waktu itu hanya tuhan yang tahu , tak terkata , bersyukur sangat yg awak dah sedar ,dan saya yakin sebelum tu yang awak akan sedar ! :) awak kuat ,bila dengar ckp doktor yang tak ramai berjaya dlm koma tersebut , saya tak percaya ,sebab doktor hanya ckp berdasar kan fakta dan pasal pesakit yg lepas , tapi bukan mengenai satu perkara ni .... DOA ... dengan doa orng2 yg kenal awak ,semua yg doktor ckp tu tak boleh guna . Biar la , yang penting awak masih bernafas untuk saya terus dengar suara awak ,lihat awak ,dengar cerita tentang awak sayang ... Saya selalu doakan yg awak akan panjang umur , dan kita akan kekal berhubung ,walaupun saya tahu tak akan smpai ke alam perkahwinan , kan . tapi MENGENAL SEORANG YG BAIK MCM AWAK PUN DAH CUKUP UNTUK SAYA ^__^ assalamualaikum