Saturday, 16 February 2013

This heart will go on

                                                 
Assalamualaikum ... Lama rasanya tak update blog ni,sibuk balik kampung, kalau dapat bukak lappy ni pun sekejap je so susah nak update. Balik kampung bukan buat apa pun, just tengok saudara lagi pun nak tenangkan fikiran sekejap, serabut sangat kepala ni sampai tak boleh nak fikir dah. Balik terus lepas rindu dekat kawan2, masing2 luahkan apa yang ada, cerita pasal diri masing2 dan semestinya cerita pasal cinta masing2.

Cinta ?? entah la, kekadang rasa marah benci bila cakap pasal ni, rasa marah tu bukan Apis nak tapi ia datang tiba2, kenapa ? tak tahu la mungkin hati ni dah mula bosan rasa kosong macam orang takda perasaan, memang ramai yg akan marah sebab Apis cakap macam ni, tapi .. korang tak ada dekat tempat apis sekarang korang tak rasa. Bila mana kita jalan, kita duduk, kita baring asyik terfikir kenapa aku tak macam orang lain?? happy life je dieorang ... kehidupan dieorang best je, family okay ada orang sayang orang care pasal diri dieorang. Mungkin ni semua takdir atau pun balasan untuk apis. Cuba, apis cuba nak ubah semua perkara dalam diri ni, mungkin tak semua, tapi sekurang-kurang nya lepas ni apis jadi orang yang lebih memahami, orang yang cepat bertindak, kalau tak semua benda apis terlepas, semua orang akan marah dekat diri ni. Sebab apis tak berubah.

Now, first time la apis terluka sebabkan tiga orang .. Tula sebabnya apis tak nak letak harapan tinggi, atau suka dekat seseorang sampai tahap sayang, sebab ni la yang akan jadi, semua dah ada relay mungkin fake atau tak semua tu apis tak perduli sbab mata ni dah pandang dan hati ni dah sakit. Tak guna nak titis kan air mata ni, baik simpan untuk something yang lebih penting nanti, biar la apis tak couple atau bercinta sbab orang pernah cakap semua tu tak penting , yang penting kita fikir masa depan dan family kita, mungkin nanti ada jodoh kawin la dan cari la bahagia dekat situ. Mungkin betul apa yang dia cakap, Apis yang silap, semuanya tentang semua perkara daripada first love apis dulu sampai la sekarang, kalau daripada dulu apis berubah mungkin ni semua tak berlaku.

Tapi .. rasanya memang semua ni silap apis, bukan sebab dieorang yg buat apis sakit hati tapi diri apis sendiri, dieorang ada hak dengan apa yang dieorang nak buat, siapa dieorang nak jumpa nak suka nak bercinta semua tu hak dieorang, so nak buat apa marah-marah kan ?? hmmm Biar la, asalkan dieorang bahagia apis pun bahagia, mybe nanti apis boleh datang majlis perkahwinan korang, atau korang boleh invite apis atau pun korang datang majlis Apis, sedekah kan alfatihah atau yassin dekat apis :) atau kita boleh jumpa bila korang dah ada family, sekurang-kurangnya Apis boleh begurau dengan anak2 korang, kan ?

Apa-apa pun goodluck dengan life korang, semoga bahagia selamanya ...
Terima kasih sebab baca sampai sini, jumpa lagi lepas ni mungkin, insyaallah panjang umur nanti.
Assalamualaikum cinta ... ^__^ peace

                                                         Awak masih akan nampak senyum saya
                                                         walaupun saya dalam kesedihan :)